Wednesday, 25 March 2015

STRATEGI-STRATEGI PELAKSANAAN


  • Penglibatan Badan-Badan Bukan Kerajaan. Kerajaan hendaklah berusaha melibatkan semua organisasi bukan kerajaan dan badan-badan sukarela dalam program dan tindakan pembangunan wanita. Bangunan kewangan, teknikal, nasihat dan institusi hendaklah diperuntukkan berterusan kepada persatuan-persatuan wanita bagi menggalakkan perkhidmatan mereka.
  • Membasmi Diskriminasi dan mengambil tindakan tegas langkah-langkah khusus hendaklah diambil bagi membasmi diskriminasi terhadap wanita. Kelemahan-kelemahan undang-undang bagi menjamin hak wanita hendaklah dibaiki. Tumpuan khas hendaklah dihalakan kepada kawasan-kawasan kurang maju di luar bandar. Wanita yang tidak berdaya dan cacat serta wanita diberi peluang pendidikan.
  • Memajukan dan menyelaras penyelidikan mengenai isuwanita menyedari hakikat bahawa kurangnya data dan maklumat mengenai kedudukan wanita sebenarnya  maka kerajaan hendaklah menggalak dan membantu penyelidikan dan kajian mengenai wanita. Di samping itu kerajaan hendaklah menentukan bahawa segala pengumpulan data dan maklumat oleh pelbagai sektor dan agensi kerajaan mengasing-asingkan butiran maklumat mengikut jantina.

No comments:

Post a Comment