- Jentera Nasional bagi Pengintegrasian wanita dalam Pembangunan
- Kesihatan
- Mewujudkan satu dasar kesihatan negara yang mengambil kira keperluan dan taraf keishatan kaum wanita. Konsep kesihatan yang komprehensif hendaklah meliputi aspek kesihatan jasmani, mental dan emosi.
- Satu mekanisma hendaklah diwujudkan bagi memudahkan penyertaan berbilang sektor bagi menjamin penyebaran perkhidmatan kesihatan yang sama rata di semua kawasan serta menentukan usaha yang cekap dan berkesan sejajar dengan prioriti-prioriti tempatan.
- Menggalakkan perkembangan ilmu dan amalan perubatan cara moden dan tradisional.
- Melaksanakan dasar yang berkesan tentang penagihan dan penggunaan dadah dengan melibatkan semua pihak dan lapisan.
- Mengadakan undang-undang yang dapat memberi perlindungan kepada oesakit daripada pihak-pihakyang tidak bertanggungjawab dalam memberi rawatan dan ubatan. Mangsa-mangsa rogol dan keganasan hendaklah diberi perlindungan daripada publisiti yang meruntuhkan maruah dan keperibadian mereka.
- Mengkaji undang-undang yang sedia ada atau menggubal undang-undang baru bagi melindungi wanita akan pekerjaan-pekerjaan yang membahayakan kesihatan.
- Pendidikan dan Latihan
- Menghapuskan gambaran-gambaran yang merendahkan maruah dan imej wanita.
- Memudahkan penyertaan wanita dalam bidang-bidang yang diminati.
- Meyakinkan wanita untuk mengambil peluang latihan bagi menceburkan diri dalam lapangan sains dan teknologi moden.
- Memasukkan pendidikan kekeluargaan dalam semua kursus pendidikan dan latiha kerjaya untuk lelaki dan wanita.
- Menyemak dasar pengambilan dan pelaksanaan tugas institusi bagi menjamin diskriminasi terhadap wanita tidak diamalkan.
- Meluaskan lagi peluang-peluang latihan vokasional untuk wanita serta mengiktirafkemahiran-kemahiran wanita dlam dalam bidang latihan pekerjaan.
- Menekankan institusi pendidikan dewasa serta peluang pendidikan sepanjang hidup agar kaum wanita dapat terus mengembangkan pengetahuan dan kemahiran mereka
- Institusi-institusi swasta hendaklah diawasi supaya mereka tidak meneruskan diskriminasi terhadap wanita ataupun mengekalkan gambaran-gambaran yang menghinakan penyertaan wanita. Dasar Wanita Negara hendaklah meliputi semua sektor baik kerajaan mahupun bukan kerajaan.
- Agama
- Mendapatkan pandangan wanita dalam membentuk fatwa yang melibatkan wanita dan isu wanita.
- Menggalakan penyertaan wanita dalam semua aktiviti agama.
- Mewujudkan perbincangan antara pelbagai agama sebagai usaha mencapai persefahaman.
- Menjadikan agama sebagai asas ke arah pemodenan masyarakat berbilang kaum.
- Mewujudkan suasana perkongsian hidup yang sihat di kalangan wanita dan lelaki.
Wednesday, 25 March 2015
PELAN TINDKAN MENGIKUT SEKTOR
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment