- Untuk menjamin perkongsian yang saksama di antara lelaki dan wanita dalam pemilikan sumber dan maklumat, di samping mendapatkan peluang dan faedah dari pembangunan
- Untuk mengintegrasikan kaum wanita ke dalam semua sektor pembangunan negara selaras dengan kemampuan dan keperluan mereka bagi tujuan membasmi kemiskinan, menghapuskan kejahilan dan buta huruf serta memastikan negara berada dalam keadaan aman dan makmur
Wednesday, 25 March 2015
OBJEKTIF DASAR WANITA NEGARA
STRATEGI-STRATEGI PELAKSANAAN
- Penglibatan Badan-Badan Bukan Kerajaan. Kerajaan hendaklah berusaha melibatkan semua organisasi bukan kerajaan dan badan-badan sukarela dalam program dan tindakan pembangunan wanita. Bangunan kewangan, teknikal, nasihat dan institusi hendaklah diperuntukkan berterusan kepada persatuan-persatuan wanita bagi menggalakkan perkhidmatan mereka.
- Membasmi Diskriminasi dan mengambil tindakan tegas langkah-langkah khusus hendaklah diambil bagi membasmi diskriminasi terhadap wanita. Kelemahan-kelemahan undang-undang bagi menjamin hak wanita hendaklah dibaiki. Tumpuan khas hendaklah dihalakan kepada kawasan-kawasan kurang maju di luar bandar. Wanita yang tidak berdaya dan cacat serta wanita diberi peluang pendidikan.
- Memajukan dan menyelaras penyelidikan mengenai isuwanita menyedari hakikat bahawa kurangnya data dan maklumat mengenai kedudukan wanita sebenarnya maka kerajaan hendaklah menggalak dan membantu penyelidikan dan kajian mengenai wanita. Di samping itu kerajaan hendaklah menentukan bahawa segala pengumpulan data dan maklumat oleh pelbagai sektor dan agensi kerajaan mengasing-asingkan butiran maklumat mengikut jantina.
PELAN TINDKAN MENGIKUT SEKTOR
- Jentera Nasional bagi Pengintegrasian wanita dalam Pembangunan
- Kesihatan
- Mewujudkan satu dasar kesihatan negara yang mengambil kira keperluan dan taraf keishatan kaum wanita. Konsep kesihatan yang komprehensif hendaklah meliputi aspek kesihatan jasmani, mental dan emosi.
- Satu mekanisma hendaklah diwujudkan bagi memudahkan penyertaan berbilang sektor bagi menjamin penyebaran perkhidmatan kesihatan yang sama rata di semua kawasan serta menentukan usaha yang cekap dan berkesan sejajar dengan prioriti-prioriti tempatan.
- Menggalakkan perkembangan ilmu dan amalan perubatan cara moden dan tradisional.
- Melaksanakan dasar yang berkesan tentang penagihan dan penggunaan dadah dengan melibatkan semua pihak dan lapisan.
- Mengadakan undang-undang yang dapat memberi perlindungan kepada oesakit daripada pihak-pihakyang tidak bertanggungjawab dalam memberi rawatan dan ubatan. Mangsa-mangsa rogol dan keganasan hendaklah diberi perlindungan daripada publisiti yang meruntuhkan maruah dan keperibadian mereka.
- Mengkaji undang-undang yang sedia ada atau menggubal undang-undang baru bagi melindungi wanita akan pekerjaan-pekerjaan yang membahayakan kesihatan.
- Pendidikan dan Latihan
- Menghapuskan gambaran-gambaran yang merendahkan maruah dan imej wanita.
- Memudahkan penyertaan wanita dalam bidang-bidang yang diminati.
- Meyakinkan wanita untuk mengambil peluang latihan bagi menceburkan diri dalam lapangan sains dan teknologi moden.
- Memasukkan pendidikan kekeluargaan dalam semua kursus pendidikan dan latiha kerjaya untuk lelaki dan wanita.
- Menyemak dasar pengambilan dan pelaksanaan tugas institusi bagi menjamin diskriminasi terhadap wanita tidak diamalkan.
- Meluaskan lagi peluang-peluang latihan vokasional untuk wanita serta mengiktirafkemahiran-kemahiran wanita dlam dalam bidang latihan pekerjaan.
- Menekankan institusi pendidikan dewasa serta peluang pendidikan sepanjang hidup agar kaum wanita dapat terus mengembangkan pengetahuan dan kemahiran mereka
- Institusi-institusi swasta hendaklah diawasi supaya mereka tidak meneruskan diskriminasi terhadap wanita ataupun mengekalkan gambaran-gambaran yang menghinakan penyertaan wanita. Dasar Wanita Negara hendaklah meliputi semua sektor baik kerajaan mahupun bukan kerajaan.
- Agama
- Mendapatkan pandangan wanita dalam membentuk fatwa yang melibatkan wanita dan isu wanita.
- Menggalakan penyertaan wanita dalam semua aktiviti agama.
- Mewujudkan perbincangan antara pelbagai agama sebagai usaha mencapai persefahaman.
- Menjadikan agama sebagai asas ke arah pemodenan masyarakat berbilang kaum.
- Mewujudkan suasana perkongsian hidup yang sihat di kalangan wanita dan lelaki.
Subscribe to:
Posts (Atom)